mY folLoweR

Gajet

Gajet adalah suatu alat teknologi yang terkini untuk menyenangkan semua orang yang mempunyai gajet. Adakah wajib untuk semua orang mempunyai gajet ? Saya hanya mampu menjawab wajib jika anda berkemampuan kerana tidak semua orang mampu untuk membeli gajet pada zaman sekarang. Ada gajet yang murah tapi kebanyakan manusia akan berpuas hati dengan barangan yang mempunyai kualiti yang tinggi, akan tetapi barangan yang berkualiti selalunya mempunyai harga yang agak mahal.

Gajet ada terbahagi banyak kumpulan seperti telefon bimbit, komputer, kamera, dan sewaktu dengannya. Kesemua alat teknologi ini terbahagi kepada beberapa jenama yang mudah dikenali sebagai contoh Apple (Iphone untuk telefon bimbit), Samsung, Vivo, Oppo, Hp, Acer dan banyak lagi. Bagi saya, saya lebih menyukai telefon bimbit kerana banyak yang boleh kita lakukan dalam telefon bimbit akan tetapi tidak semua telefon bimbit mempunyai fungsi yang sama.

Pada masa ini saya menggunakan telefon bimbit Vivo X5Pro, Vivo masih jenama baharu tetapi ia mempunyai fungsi yang hampir menyerupai Iphone. Kebanyakkan wanita akan melihat camera terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah telefon bimbit. (saya tahu sebab saya pernah bekerja di kedai yang mejual telefon bimbit). Bagi saya juga camera telefon Vivo X5Pro ini sudah cukup bagi orang yang tidak mampu untuk membeli Iphone.

Spesifikasi untuk telefon bimbit X5Pro

X5Pro juga mempunyai bentuk yang sangat menarik perhatian semua kerana hampir menyerupai Iphone 6 yang sangat terkenal pada masa sekarang ni. X5Pro mempunyai lengkuk yang senang untuk para pengguna memegangnya, mempunyai dua speaker di bahagian bawah telefon, sensor yang sangat sensitif. 




Akhir kata , Vivo X5Pro memang terbaik dan saya tidak menyesal membeli telefon ini sebagai pilihan saya .


UUMrians




Saya menerima surat tawaran memasuki IPT UUM daripada permohonan UPU beberapa bulan yang lalu. Pada ketika itu saya sedang bekerja di sebuah syarikat yang menjual telefon bimbit berjenama, saya bekerja sebagai jurujual selama 3 bulan. Setelah dapat tawaran itu , saya segera menghubungi ibu saya dan memberitahu tentang berita gembira ini. Saya pun tidak tahu berita ini gembira atau pun tidak, kenapa saya berkata sedemikian ? sebab saya tahu betapa gawatnya keadaan kewangan keluarga kami pada ketika ini. Saya takut berita ini membebankan kedua ibu bapa saya walaupun saya tahu ini adalah berita gembira bagi mereka, akan tetapi berita ini melibatkan banyak wang. 


Ibu bapa saya sangat gembira ketika mengetahui pasal tawaran ini, dan pekara pertama yang saya tanya kepada kedua ibu bapa saya adalah wang. Adakah wang kita mencukupi ? Ibu saya hanya berkata jangan fikir pasal itu dan saya hanya mampu mengalirkan air mata mendegar ibu saya berkata sedemikian dengan nada yang serak basah. Ketika hendak membeli tiket penerbangan, pada masa itu semua tiket mahal hal ini kerana pada ketika itu hanya tinggal 2 minggu sahaja waktu yang diberi untuk mengurus segala urusan yang berkaitan dengan IPT. Semakin singkat masa untuk pembelian tiket, semakin mahalla harga tiket penerbangan, memandangkan saya dari sabah bertambah mahallah harganya. Pada ketika itu juga ibu sahaja memberitahu saya yang saya akan pergi pendaftaran berseorangan, dan hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya kerana telah menyusahkan kedua ibu bapa saya, dan masa itu juga saya berjanji kepada diri saya yang saya takkan sia-siakan usaha yang ibu bapa saya telah beri ini. Air mata mengalir dengan derasnya sekiranya teringat benda itu kembali.


Pada hari pendaftaran, saya datang ke UUM berseorangan, tiada kenal sesiapa yang ada di negeri ini dan saya hanya membawa diri dengan beraninya. Pada masa itu saya datang menaiki teksi kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kenderaan awam lain di kawasan yang berbeza dari kampung halaman sendiri. Ketika pendaftaran, saya memberi semua dokumen yang diperlukan dan kedegaran seseorang berkata "adik, lepasni kita ambil gambar bersama keluarga di bahagian sebelah sana" dan saya hanya mendengar dan mengalirkan air mata kerana itu saja yang saya mampu lakukan tanpa berkata-kata.Selepas selesai pendaftaran dokumen, saya pun bergambar dengan seorang dirinya dan pada ketika itu semua kakak dan abang yang ada disitu memberi semngat dan bergambar bersama saya serta berkata "jangan risau kita disini sebagai satu keluarga". Saya hanya mampu tersenyum dengan air mata.




Bermulanya orentasi sebagai seorang pelajar IPT selama beberapa hari dan setiap hari mempunyai cabaran yang terendiri, memori yang tercipta, pengalaman bertambah dan banyak lagi. Setelah itu, bermulanya hari pertama sebagai mahasiswa UUM dan ia amat memenatkan, ini kerana belum terbiasa dengan keadaan sekeliling. Sekarang masuk dua bulan di negeri orang menimba ilmu, semakin terbiasa dengan keadaan disini akan tetapi belum sepenuhnya. Belum banyak pengalaman yang saya dapat ceritakan pada ketika ini kerana saya masih berada di semester 1.

Bunga Tulip




Tulip ini sangat terkenal dengan keanggunan bunganya, serta bunga ini dapat menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum wanita yang sanggat menggemarkan bunga sebagai hadiah daripada pasangan mereka. Bunga Tulip ini mempunyai bermacam-macam warna, dan setiap warna itu mempunyai maksud yang tersendiri. Hal ini terjadi akibat dari persinlangan kromosom dalam debunga tersebut.



Erti Bunga Tulip kuning melambangkan persahabatan


Erti Bunga Tulip putih melambangkan penghormatan

Erti Bunga Tulip merah muda melambangkan penghargaan

Erti Bunga Tulip oren melambangkan semangat

Erti Bunga Tulip ungu melambangkan cinta pada pandangan pertama

Erti Bunga Tulip biru melambangkan ketenangan dan kedamaian.


Tulip ini berasal dari Asia Tengah, bunga ini kerap kali tumbuh secara liar di kawasan pergunungan. Bagi Belanda, bunga tulip ini melambangkan simbol bagi memperkenalkan negara mereka, manakala lain pula bagi egara Iran dan Turki menganggap bunga Tulip ini sebagai bunga nasional negara mereka. 


Secara umumnya, Tulip ini melambangkan kasih sayang yang sempurna dan bunga ini juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk meluahkan sesebuah perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Bunga ini mempunyai bentuk yang elegan, romantik, dan menarik hati kepada yang menggemar bunga. Oleh sebab itulah, kebanyakkan wanita menggemari bunga ini.

Anak Abah Sulung

Assalamualaikum,

Nama diberi Nurul Fadhilah binti Idris. Saya terlahir dari pasangan Norhaini binti Arsyad  dengan pasangan kekasihnya sehingga ke hari ini Idris bin Lakasi. Saya berusia 20 tahun pada 30 Disember akan datang. Saya dilahirkan di satu daerah yang dahulunya hanyalah sekadar pekan tetapi sekarang ia telah menjadi sebuah bandar besar iaitu Lahad Datu, Sabah. Saya berasal dari keluarga yang sederhana yang menetap di Tawau, Sabah. Saya anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang terdiri daripada dua orang perempuan dan dua orang lelaki.

Saya memulakan pengajian saya di Tadika atau lebih dikenali sebagai Pra-sekolah St.Patrick Tawau, Sabah, ketika itu saya berusia 5 tahun dan sekolah itu adalah sekolah yang berlandaskan mandarin sebagai bahasa penghantar. Setelah tamat 2 tahun menuntut ilmu di Tadika tersebut, saya dapat tawaran untuk memasuki SJKC Yuk Chin akan tetapi arwah atok saya tidak membenarkan cucu-cucunya belajar bahasa asing selain dari bahasa melayu, akhirnya ibu abah saya memindahkan saya ke SRK Holy Trinity sebagai tempat saya menuntut ilmu  selama 6 tahun. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di SMK Kuhara selama 5 tahun.

Banyak pengalaman yang saya dapat sewaktu saya bersekolah di SMK Kuhara. Pengalaman yang saya dapat kongsikan ialah, saya aktif bergiat dalam sukan, tarian dan juga kawad kaki dan kesemuanya itu adalah wakil sekolah malah ada yang sampai ke peringkat kebangsaan. Saya aktif dalam kesemua aktiviti sukan akan tetapi hanya beberapa sukan yang saya dapat fokuskan seperti bola tampar, bola jaring, bola baling dan sukan olahraga. Kebanyakkan sukan yang saya ikuti ini hanya sampai peringkat sekolah sahaja.  Dalam tarian pula, saya selalu mengikuti tarian seni kebudayaan peringkat sekolah, malah diluar sekolah juga saya ada kumpulan tersendiri untuk dalam seni kebudayaan. Saya juga adalah salah satu Komandan bagi negeri Sabah untuk Kadet Bomba Bersatu Malaysia dalam peringkat kebangsaan.

Setelah tamat pengajian dengan berbekalkan Sijil Penilaian Menengah (SPM), saya bekerja di Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai juruwang selama 5 bulan. Saya telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan dalam  Program Dua Tahun (PDT). Jangka masa 2 tahun itu tidak selama yang saya fikirkan kerana sekarang saya tengah melanjutkan pelajaran jauh dari kampung halaman saya. Sekarang saya telah menjadi mahasiswi Universiti Utara Malaysia dalam kos Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM). In Syaa Allah, dalam masa 4 tahun kehadapan saya akan memegang segulung ijazah. Semoga perjalanan saya sebagai seorang perantau yang hendak menuntut ilmu jauh dari pandangan keluarga berjalan dengan lancar.