Assalamualaikum,
Nama diberi Nurul Fadhilah binti Idris. Saya terlahir dari pasangan Norhaini binti Arsyad dengan pasangan kekasihnya sehingga ke hari ini Idris bin Lakasi. Saya berusia 20 tahun pada 30 Disember akan datang. Saya dilahirkan di satu daerah yang dahulunya hanyalah sekadar pekan tetapi sekarang ia telah menjadi sebuah bandar besar iaitu Lahad Datu, Sabah. Saya berasal dari keluarga yang sederhana yang menetap di Tawau, Sabah. Saya anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang terdiri daripada dua orang perempuan dan dua orang lelaki.
Saya memulakan pengajian saya di Tadika atau lebih dikenali sebagai Pra-sekolah St.Patrick Tawau, Sabah, ketika itu saya berusia 5 tahun dan sekolah itu adalah sekolah yang berlandaskan mandarin sebagai bahasa penghantar. Setelah tamat 2 tahun menuntut ilmu di Tadika tersebut, saya dapat tawaran untuk memasuki SJKC Yuk Chin akan tetapi arwah atok saya tidak membenarkan cucu-cucunya belajar bahasa asing selain dari bahasa melayu, akhirnya ibu abah saya memindahkan saya ke SRK Holy Trinity sebagai tempat saya menuntut ilmu selama 6 tahun. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di SMK Kuhara selama 5 tahun.
Banyak pengalaman yang saya dapat sewaktu saya bersekolah di SMK Kuhara. Pengalaman yang saya dapat kongsikan ialah, saya aktif bergiat dalam sukan, tarian dan juga kawad kaki dan kesemuanya itu adalah wakil sekolah malah ada yang sampai ke peringkat kebangsaan. Saya aktif dalam kesemua aktiviti sukan akan tetapi hanya beberapa sukan yang saya dapat fokuskan seperti bola tampar, bola jaring, bola baling dan sukan olahraga. Kebanyakkan sukan yang saya ikuti ini hanya sampai peringkat sekolah sahaja. Dalam tarian pula, saya selalu mengikuti tarian seni kebudayaan peringkat sekolah, malah diluar sekolah juga saya ada kumpulan tersendiri untuk dalam seni kebudayaan. Saya juga adalah salah satu Komandan bagi negeri Sabah untuk Kadet Bomba Bersatu Malaysia dalam peringkat kebangsaan.
Setelah tamat pengajian dengan berbekalkan Sijil Penilaian Menengah (SPM), saya bekerja di Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai juruwang selama 5 bulan. Saya telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan dalam Program Dua Tahun (PDT). Jangka masa 2 tahun itu tidak selama yang saya fikirkan kerana sekarang saya tengah melanjutkan pelajaran jauh dari kampung halaman saya. Sekarang saya telah menjadi mahasiswi Universiti Utara Malaysia dalam kos Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM). In Syaa Allah, dalam masa 4 tahun kehadapan saya akan memegang segulung ijazah. Semoga perjalanan saya sebagai seorang perantau yang hendak menuntut ilmu jauh dari pandangan keluarga berjalan dengan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan