Ibu bapa saya sangat gembira ketika mengetahui pasal tawaran ini, dan pekara pertama yang saya tanya kepada kedua ibu bapa saya adalah wang. Adakah wang kita mencukupi ? Ibu saya hanya berkata jangan fikir pasal itu dan saya hanya mampu mengalirkan air mata mendegar ibu saya berkata sedemikian dengan nada yang serak basah. Ketika hendak membeli tiket penerbangan, pada masa itu semua tiket mahal hal ini kerana pada ketika itu hanya tinggal 2 minggu sahaja waktu yang diberi untuk mengurus segala urusan yang berkaitan dengan IPT. Semakin singkat masa untuk pembelian tiket, semakin mahalla harga tiket penerbangan, memandangkan saya dari sabah bertambah mahallah harganya. Pada ketika itu juga ibu sahaja memberitahu saya yang saya akan pergi pendaftaran berseorangan, dan hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya kerana telah menyusahkan kedua ibu bapa saya, dan masa itu juga saya berjanji kepada diri saya yang saya takkan sia-siakan usaha yang ibu bapa saya telah beri ini. Air mata mengalir dengan derasnya sekiranya teringat benda itu kembali.
Pada hari pendaftaran, saya datang ke UUM berseorangan, tiada kenal sesiapa yang ada di negeri ini dan saya hanya membawa diri dengan beraninya. Pada masa itu saya datang menaiki teksi kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kenderaan awam lain di kawasan yang berbeza dari kampung halaman sendiri. Ketika pendaftaran, saya memberi semua dokumen yang diperlukan dan kedegaran seseorang berkata "adik, lepasni kita ambil gambar bersama keluarga di bahagian sebelah sana" dan saya hanya mendengar dan mengalirkan air mata kerana itu saja yang saya mampu lakukan tanpa berkata-kata.Selepas selesai pendaftaran dokumen, saya pun bergambar dengan seorang dirinya dan pada ketika itu semua kakak dan abang yang ada disitu memberi semngat dan bergambar bersama saya serta berkata "jangan risau kita disini sebagai satu keluarga". Saya hanya mampu tersenyum dengan air mata.
Bermulanya orentasi sebagai seorang pelajar IPT selama beberapa hari dan setiap hari mempunyai cabaran yang terendiri, memori yang tercipta, pengalaman bertambah dan banyak lagi. Setelah itu, bermulanya hari pertama sebagai mahasiswa UUM dan ia amat memenatkan, ini kerana belum terbiasa dengan keadaan sekeliling. Sekarang masuk dua bulan di negeri orang menimba ilmu, semakin terbiasa dengan keadaan disini akan tetapi belum sepenuhnya. Belum banyak pengalaman yang saya dapat ceritakan pada ketika ini kerana saya masih berada di semester 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan